Rabu, 9 November 2016

Malaika Dhia Damia 5 bulan


3 haribulan hari tu genap Malaika 5 bulan... pejam celik pejam celik sekejap je rasa masa ni berlalu... dah makin besar dah Malaika ni... time ni lah terasa rindu dengan bau syurga, terasa rindu tengok dia tenang tido waktu masih merah lagi... hihi... tapi masa yang lalu tak dapat nak dipusing kan semula kan... hurmmm

hari yang sama jugak aku balik kampung, keesokkan malam nya masa kat rumah parents aku, tengah-tengah sedap dia tido tetiba dia tergaja sambil menangis macam orang kene pukul... aku rasa badan dia panas... Malaika demam... satu malam tu aku dan hubby tak dapat nak tido... kitaorang gilir-gilir jaga dia... meragam satu malam tu... musim demam mungkin sebab hubby pun demam, aku pun nak start demam... kali ni Malaika demam complete siap selsema semua ada... menangis je... sampai hilang suara... letak tak nak dokong tak nak... bagi susu dah bagi... pampers pun dah tukar... sapu cream herba kat perut, badan dan kaki dia pun still jugak x ok... aku dan hubby buntu... ibu pegang dia baru dia diam... tido kat pangkuan ibu (nenek)... lepastu aku angkat dia baringkan dekat tilam bagi dia selesa... eh eh sekejap je dia lelap lepastu menangis semula... last-last aku dah pengsan dulu so hubby yang jaga dia sampai ke pagi... dah pagi tu baru dia lena tido sampai ke tengah hari...

ibu cakap dia demam sebab beralih bulan... mungkin lah kot... tak pernah dia meragam macam malam tu... kusut jugak lah nak handle... ahahaha... 1st pengalaman kan, so biasa lah... 


selama 5 bulan ni, banyak benda baru dia belajar... mulut dia memang sangat banyak bunyi... peramah macam mama dia... Malaika ni friendly... tak takut orang walaupun orang tu baru 1st time dia jumpa... dah pandai guling-gulingkan badan dia... dah tak boleh nak lepak atas katil sorang-sorang tanpa pengawasan aku... ada pernah sekali aku letak kejap dan aku ke dapur untuk basuh botol dia... aku masuk bilik tengok dia dah kat hujung katil... tinggal sekali pusing je memang dia akan terhumban ke bawah... adeiii... selain daripada meniarap guling-guling, Malaika dah pandai nak angkat-angkat badan angkat bontot... MIL cakap dia dah nak merangkak tak lama lagi... suka gulung-gulung kan lidah dia... MIL cakap mungkin gusi gatal nak tumbuh gigi... hihihi... dia dah naik walker... tapi jalan mengundur ke belakang... kalau tersangkut kat dinding dan dia dah tak boleh gerak kebelakang lagi nanti dia protes marah... dah tak boleh tengok aku pakai tudung lepas tu kehulur kehilir depan dia tapi tak amik dia... nanti dia marah... lately dia dia sangat manja dengan papa dia... kalau aku kat jb and call papa dia sambil loudspeaker nanti dia tercari-cari suara tu... dia tak jumpa orang yang panggil dia nanti dia akan marah... kalau facetime dengan hubby nampak muka hubby nanti dia sengeh-sengeh... mula lah buat aksi guling-guling, isap ibu jari kaki, main-main sembur air liur tunjuk kat hubby... berbual dengan papa dia jangan kata memang riuh... bila letak fon dia marah... aishhh... ada sekali tu hp aku sebelah dia... selalu dia tido memang aku bukak alunan zikir... time tu hubby jaga dia... dia pegang-pegang hp aku sambil tiarap lepas tu marah kat hubby... hubby amik fon aku dan bukak kan alunan zikir letak sebelah dia, dia lentok kan kepala dia sambil tiarap dan tido... bijak kan dia... ahahaha... 

masa ni papa tengah sesi memujuk mama...
mama merajuk...ahahahaha

time ni nak balik kampung tapi malaika tak bagi mama drive

aku tak sabar nak tunggu bulan depan... tak sabar nak jadi housewife besar kan dia sendiri depan mata... tak sabar nak prepared solid food untuk dia... tak sabar nak suap kan dia makan... harap dia pun excited lah... sekarang ni pun pantang aku makan depan dia tak kira kat mana pun memang aku tak sampai hati kalau nak makan depan dia tapi tu lah kadang nak makan tu terpaksa pegang dia... nanti mulut dia ternganga sambil menjejes air liur tengok aku makan... tangan tu pantas je nak capai pinggan atas meja... kesian sangat... serba salah jadi nya... terpaksa makan laju-laju lepas tu layan dia terus... 

ermm tu lah dia kisah seorang anak manja selama dia 5 bulan ada kat muka bumi ini... harapan supaya lepas ni aku akan tumpukan lebih perhatian dekat malaika... segalanya untuk dia... type cerita pasal dia ni terasa rindu pulak kat dia... ahahaha...

ok lah nak balik dah ni... nak gomol-gomol si Malaika ni... geram la haiii... nanti ada cerita aku story lagi k... bye...

its me
mass-naim

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)