Rabu, 19 Oktober 2016

kisah susu untuk malaika

Salam semua,

aku tak tau macam mana nak mula kan cerita... apa yang aku tau ini berkenaan dengan malaika dan susu FM yang dia minum...

Sesungguhnya susu ibu itu lebih banyak khasiatnya daripada susu FM... semua ibu-ibu tau tentang itu... sama jugak dengan aku... malaika dah start minum susu FM masa umur dia seawal 3 minggu disebab kan waktu tu aku demam panas dan bengkak susu... kesihatan aku untuk nak BF malaika agak merosot... malaika menangis-nangis bila dia lapar... ibu (nenek) mana yang tak kesian kan tengok cucu meraung-raung menangis kelaparan... ibu ajak hubby pergi kedai untuk beli susu... kebetulan waktu tu aku kene injection antibiotik selama 3 hari berturut2... so doktor pun advise kat aku kalau boleh jangan bagi baby susu kat breast yang bengkak tu... so terpaksa lah aku bagi sebelah je kat malaika... tapi tu lah dia x cukup... malaika jenis memang kuat menyusu... sebab kesian kan cucu ibu pun tolong pergi belikan susu FM...

Susu pertama yang ibu belikan ialah S-26 Gold SMA... terasa sangat ralat sebenarnya bila terpaksa bagi malaika susu FM... dari malaika dalam perut lagi aku dah niat nak bagi yang terbaik untuk malaika... nak cuba yang terbaik untuk BF malaika... tapi apakan daya aku... aku redha demi anak... tak kan aku nak tengok malaika meraung menangis kelaparan ye x... mama mana yang sanggup tengok anak menangis je... hurmmm pasrah...
So far susu ni sangat sesuai dengan malaika... ikut kan najis dia pun cantik... dia pun tak muntah.... setakat luek kan sikit tu aku rasa normal lah... lagi pun dari apa yang aku tau saluran makanan ke perut baby belum lagi tertutup rapat so normal bila susu yang dia minum akan terluek semula...

Dalam masa aku bagi malaika susu FM ni aku masih lagi BF dia macam biasa... Susu FM ni kadang-kadang je aku bagi macam kalau aku keluar berjalan ke, aku akan bagi dia minum susu FM... Tapi malaika BF sampai umur dia 3 bulan setengah.... Lepas tu dia dah tak nak lagi walaupun susu aku masih ada... Dia tak nak mungkin sebab x puas dan x kenyang kot aku rasa sebab nya walau aku dah try hard untuk banyak kan susu,,makan product itu ini tapi susu still tak banyak tak melimpah ruah... bayangkan lah malaika dah kene minum 4oz waktu dia umur 2 bulan setengah... tapi aku try pam susu nak tunggu 4oz pun susah... biasa aku akan dapat 3oz paling sikithh 2oz kalau aku pam... sedih sangat... last-last malaika dah tak nak lagi BF...

untuk susu S-26 Gold SMA ni aku teruskan sampai malaika 3 bulan setengah nak masuk 4 bulan... sampai lah satu hari tu dua minggu yang lepas kalau tak silap malaika tetiba muntah-muntah.... muntah yang macam air paip setiap kali dia abis minum susu... muntah yang tak berhenti... aku perasan tapi aku biar kan dulu konon nak tengok esok lusanya macam mana... tapi esok lusa aku tengok macam dah ok dah tak kerap muntah... tapi perut dia colic... aku tak sure kenapa dan macam mana dia boleh kene colic... perut dia kembung keras dan besar macam bola... seram tengok perut dia... akak sepupu aku yang jaga dia (mommy) cakap kat aku yang malaika ni kembung perut dia... bila try ketuk perut dia dah macam bunyi tong kosong... satu lagi dah kerap muntah balik...1 hari kain lap boleh tukar sampai 3,4 helai basah lencun...memang selambak dia muntahkan susu tu balik kata mommy...mommy cakap mungkin dia dah muak dengan susu S-26 tu kot... kene tukar susu lain kot kata mommy... Allah... aku discuss dengan hubby, ibu dan ayah... diorang mintak aku bawak balik malaika ke kampung... so aku EL untuk dua hari tu,,,

Kat kampung esok harinya try bawak malaika pergi berurut... mak bidan tu kata malaika ni banyak angin...sebab tu perut dia kembung... angin campur sejuk... sepanjang kene urut tu malaika asyik kentut je... agaknya dah lega lah kot perut dia tu... Ohhh terlupa... masa balik kampung malam tu mintak hubby belikan susu untuk malaika sebab susu S-26 dia last untuk sampai pagi esok je... So dah alang-alang susu dia habis,,teringatkan mommy cakap try tukar susu sebab dia kerap muntah dan colic... aku mintak hubby belikan susu Similac 1 (Rumusan Bayi)... beli yang kotak kecik 200mg twin pack... harga dalam RM49.50... boleh lah kot untuk cuba mana tau sesuai ke tak untuk malaika minum...

Tapi bila minum susu ni selama 4 hari aku notice yang malaika berak 2 hari sekali... berbeza dengan masa dia minum S-26 tu... masa minum S-26 setiap hari dia amakn berak... Dalam hati dah rasa mungkin tak sesuai... Dah terfikir nak beli semula S-26 tu... tapi takut dia colic semula dan muntah semula... so jalan penyelesaian aku ajak hubby pergi jumpa dctor mintak advice dari yang lebih pakar... kalau main suka-suka try susah jugak... sabtu pagi aku n hubby bawak malaika pergi jumpa doktor pakar kanak-kanak... 

Masa jumpa doktor tu aku inform doctor details tentang masalah malaika... so doktor cakap itu bukan pasal susu tak sesuai ke apa... sebab kata doktor, kalau betul susu S-26 tu tak sesuai untuk malaika, dari awal lagi malaika dah reject susu tu... bila fikirkan balik ada betul jugak apa doktor cakap kan tu... hurmmm... so doctor respond untuk yang kerap muntah bila setiap kali abis menyusu... doktor cakap salah satu sebab nya ialah kembung perut... dan satu lagi baby terlampau kenyang... bila baby terlampau kenyang saluran makanan ke perut ada satu rongga yang belum tertutup rapi... itu sebab nya boleh jadi muntah semula selepas menyusu,,, so doktor suggest untuk aku belikan malaika susu rumusan khas Enfalac A+ AR (khas untuk muntah susu)... 


Susu Enfalac A+ AR ni agak mahal lah bagi aku untuk 1 tin tu... Harga untuk 1 btin tu dalam rm104... tapi untuk nak kan yang terbaik untuk anak... mama ok je... asal anak mama sihat sejahtera...

Aku start bagi malaika susu ini hari ahad yang lepas... tapi aku perasan yang malaika masih berak 2 hari sekali... start bagi ahad lepas, isnin malaika tak berak tapi mommy dia cakap selasa (semalam) malaika berak sembelit... oh nooooo.... 3 kali berak 3 kali sembelit kata mommy... termenung kejap mama dengar report mommy... lain yang nak di elakkan lain pulak yang mendapat... kesian malaika... bila tengok pada carta penyusuan untuk susu Enfalac A+ AR ni umur macam malaika perlu minum 5scoop untuk 5oz... berbeza dengan S-26 n Similac masing-masing 2scoop 4oz... hurmmm kat sini aku dah pening kejap.... doktor aritu ada pesan... kalau macam susu S-26 tu scoop nya besar,,, so doctor mintak aku kurangkan ke 1scoop setengah untuk 3oz... tapi untuk Enfalac ni macam mana nak buat sebab scoop dia kecik... Aishhh.... mommy cakap buat je 4scoop 5oz...so aku follow je lah cakap mommy... tapi aku tak buat pun 4scoop.. aku buat 3scoop 5oz... cair sikit... kalau malaika dengan mommy dia je yang buat 4scoop 5oz... tu yang aku rasa malaika berak jadi sembelit kot... sebab nya susu terlampau pekat... susu Enfalac ni berkanji... so mungkin lah salah satu faktor kan... Hurmmmm pening mama...

So call ibu, mintak pendapat adik aku macam mana nak buat... so mereka suruh aku kurang kan susu dan lebihkan air... so aku buat lah 3scoop 5oz... try dulu tengok macam mana najis nya... kalau sama kene lah tukar susu lain lagi... hurmmm so far aku buat malam tadi untuk 3scoop 5oz, pagi tadi malaika berak najis nya tak keras dan dia tak smbelit... alhamdulillah... harap-harap menjadi lah formula kurangkan scoop lebihkan air tu... 

Mama sorry sayang sebab buat awak sembelit... tak dapat mama bayangkan masa mommy report kat mama muka awak waktu meneran tu... kesian nya lah hai dengan anak mama... sorry sangat-sangat ye sayang... 

  
malaika dhia damia anak yang tersangat manja...
mama doa kan malaika sihat, aktif, bijak, n stay comel selalu...

its me
mass-naim

Isnin, 17 Oktober 2016

Malaika Dhia Damia

Alhamdulillah 3 Oktober yang lepas anak mama genap 4 bulan... Syukur ya Allah...

Dalam tempoh selama 4 bulan anak mama membesar dengan sihat dan sempurna... segalanya sempurna dimata mama dan papa... Walaupun ada sekali masa anak mama genap 3 bulan, anak mama diserang batuk2 disebab kan jerebu kat JB sekejap haritu... Pernah dapatkan rawatan nebulizer... Alhamdulillah anak mama kuat untuk lawan sakit tu... Anak mama dan papa kene kuat macam mama dan papa nya jugak kan...hihi... Alhamdulillah mama syukur sangat sakit tu tak berpanjangan... Mama dan papa dah risau waktu tu... Papa tak sampai hati tengok Malaika menangis meronta waktu kene neb... Kalau nak tau masa Malaika kene neb, papa nangis tau... Mama nampak papa kesat air mata dia... Hihi... Papa datang kat mama cakap kesian kat Malaika... Papa pujuk Malaika sampai Malaika diam sampai ubat neb tu habis terus papa angkat Malaika... Hihihi...

1 Oktober dua hari sebelum Malaika genap 4 bulan, mama dan papa bawak Malaika pergi sunat... Hihi... Dalam kereta mama dah pesan siap-siap kat Malaika, nanti masa sunat Malaika kene kuat, jangan nangis-nangis, kene tahan sakit sikit sebab doktor nak gunting sikit... Dan alhamdulillah Malaika dengar kata mama... Masa doktor nak sunat Malaika, Malaika senyum-senyum gelak kan doktor... Sikit pun Malaika tak menangis... Senang hati mama dan papa... Waktu tu mama je yang dekat dengan Malaika... Tolong doktor pegang Malaika... Papa duduk jauh sikit... Kata papa tak sampai hati tengok... Hihi... Doktor siap puji lagi Malaika, kata doktor bagus Malaika ni.. Sikit pun tak menangis.. Gelak je.. Kuat budak ni... Hihi... Malaika kan anak mama dan papa harus lah kuat ye tak?? hihi...

Sepanjang tempoh ni, Malaika tak pernah menyusah kan mama dan papa... Jaga Malaika memang cukup senang... Malaika tak banyak ragam macam sesetengah baby... Mama dan papa bersyukur sangat... Mungkin Malaika faham situasi mama dan papa yang duduk berjauhan... Malaika pula duduk dengan mama berdua dari Malaika dalam perut mama lagi... Mungkin mama dah terbiasa berbual dengan Malaika dari dalam perut lagi untuk kita sama-sama behave... Kita kene jaga diri kita... Jangan menyusah kan orang lain... Mungkin sebab tu Malaika tak banyak ragam... Kot... Kot lah... Itu seingat mama lah... Nak dengar tangisan Malaika pun cukup susah... Malaika banyak senyum dan ketawa je...

Tidurkan Malaika sangat senang... Mama bukak kan alunan zikir dari handphone mama, mama popok Malaika kejap dan Malaika pun lena... Ada masa Malaika akan lena sendiri tanpa bantuan dari mama... Orang ramai suruh mama guna buai untuk tidurkan Malaika... Tapi mama tak nak... Malam Malaika cuma akan bangun untuk mintak susu jam 3pagi or 3.30pagi (waktu rutin) lepas tu Malaka akan sambung tidur... Pukul 6pagi atau 6.30pagi (waktu rutin) Malaika akan bangun sekali lagi untuk susu dan akan sambung tidur semula sampai mama dah pergi work... Syukur sangat mama tak  rasa stress untuk jaga awak sendirian kat sini tanpa papa disisi... Alhamdulillah sangat awak tak banyak ragam... Sesekali je mama akan hantar report kat papa tentang awak... Hihihi... Papa pun nak tau jugak perkembangan awak sayang... Antara mama dan papa, papa lah orang yang paling rindu kat Malaika... Banyak moment Malaika membesar papa terlepas peluang untuk melihat depan mata dia... Mama cuba untuk keluarga kita bersatu duduk dalam 1 rumah melihat awak membesar... Mama harap masa tu tak lama je lagi... Mama cuba ye sayang demi untuk anak mama kesayangan mama dan papa...

- I LOVE YOU SAYANG -

its me
mass-naim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)