Rabu, 23 Disember 2015

Diari Mengandung : Terserlah Keterujaannya

Sabtu hari tu balik JB dari kampung... Macam biasa lah hubby yang hantar... Memang rutin dia sejak-sejak dapat tau aku mengandung tiap kali aku nak balik kampung dia datang jemput dan hantar balik JB...

Ok back to the story, pagi tu aku pergi scan baby tengok entry yang lepas KAT SINI ... Petang tu kiteorang gerak lah balik ke JB... Dalam perjalanan nak sampai area exit senai tetiba dia ajak pergi jalan-jalan jusco... Aku terus je lah keluar exit senai pergi ke jusco bukit indah... Sebab rasanya situ je lah jusco yang tak berapa crowded...

Sampai-sampai je terus dia ajak pergi tingkat atas sekali... Aku ingat kan kenapa lah... Fikir time tu dia nak cari barang dia ke apa... Sekali dah sampai tingkat atas terus dia menonong pergi kat bahagian pakaian baby dan alat peralatan kelengkapan baby... Time tu aku tengok muka dia Ya Allah sangat teruja... Macam-macam di beleknya... Satu-satu barang dia pegang itu cantik ini cantik dia kata... Ada barang yang dia tanya mana perlu aku beli dan mana yang tak perlu aku beli... So kebetulan aku memang ada buat checklist untuk barang-barang baby ni... So aku ada bawak 1 salinan dalam handbag aku... Tunjukkan kan kat dia dan terangkan apa yang perlu dan apa yang tak perlu... Then dia cakap ok... Lepas tu dia pergi kat bahagian stroller n car seat baby pulak... Duduk kat situ belek satu per satu ada lah dekat setengah jam kat situ je... Macam biasa dia dah rambang mata... Dia cakap semua cantik-cantik... Macam nak beli time tu jugak kata dia... Duit dah ada bla bla bla dia cakap... Aku cakap sabar banyak tempat lain lagi kita boleh survey... Baru lah dia kata ok... Hubby aku ni jenis dia dah nampak barang yang dia berkenan terus je nak beli... Tak ada nak survey-survey tempat lain... Itu lah dia dari dulu aku kenal sampai sekarang...

Kat jusco tu nampak kedai jual barang baby semua kedai tu dia nak masuk... Excited dia kata... Dulu kalau pergi beli barang baby untuk hadiah kawan-kawan baru dapat anak tak ada lah terasa teruja sangat, biasa-biasa je... Tapi kali ni rasa tu lain macam sikit... Lagi-lagi dah nampak baby masa scan pagi tu dah lengkap anggota... Hikhik... Anak sendiri kan mau nya tak teruja mamat tu... Dah puas pusing-pusing dalam tu aku cakap aku lapar... Boleh ke dia pegang perut aku kat tengah-tengah ramai orang lepas tu tanya kat baby nak makan apa?? Sabar je lah aku... Terus blusher-blusher muka aku time tu... Tengah makan pun still bercerita tentang barang-barang baby... Aku harap hubby akan jadi seorang yang lebih penyayang dan prihatin dengan cara dia sendiri... 



its me
mass-naim

1 ulasan:

cik mah berkata...

Ala2..sweetnya papa bby ni...mcm hubs cik mah pun..die pulak lebih arif..lagi2 bab2 botol..rajin membaca agaknyer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)