Ahad, 21 Jun 2015

Angin Medu

first ramadhan ari tu aku ikot ibu pergi berurut... dengar je ibu nak urut kaki kat rumah mak pah (itu nama yang mak aku sebut lah) aku pun terus laju nak follow... mana tak nya kan aku ni dekat 3 minggu nak masuk sebulan dah batuk-batuk tak baik-baik lagi... demam kejap on off... mcam selasa hari tu sebelum puasa tak pasal-pasal terasa menggigil satu badan, makan muntah, terasa otot-otot badan ni lemah longlai nak balik kampung pun malas nak drive waktu tu... itu yang hubby turun jemput aku kat jb bawak balik kampung... hurmmmmm ntah tak tau lah sakit apa yang aku dapat kali ni tak kebah-kebah... hubby risau je...

so masa hari nak urut tu malam sebelum tu aku rasa badan bahagian belakang sebelah kanan aku ni sakit yang teramat bawak sampai kedepan bahagian kiri dekat dengan tulang serangka ni... terasa macam bengkak yang teramat sangat... aku nak toleh nak gerakkan badan terasa kejang macam kene tarik-tarik segala urat sendi aku ni so masa nak urut tu aku bagitau lah mak pah tu apa masalah aku... mula dia urut ibu dulu kendian baru turn aku... dia urut mula dari bahagian badan belakang dia cakap aku ni batuk dah lama sangat sebab tegang-tegang urat aku keras katanya... aku anggukkan kepala... tiba dia urut bahagian depan badan aku pulak terus dia kata angin medu ni tebal sangat dah angin ni sebab tu kau rasa sakit sampai kebelakang badan... kalau dibiarkan je makin teruk kau jadinya... 


aku? angin medu tu apa?? ahahaha... mak pah kata angin medu ni angin kotor yang tak keluar/terperangkap dari dalam badan kita yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain atau dari sistem pencernaan makanan kita... dia tanya ada tak rasa badan cepat letih lesu, makan apa-apa terasa macam tak lepas tersangkut kat bahagian dada, terasa loya nak muntah, mudah mengantuk, mudah sakit kepala, susah bernafas dll dan aku jawab ye semua simtom-simtom tu semua aku rasa... owhhhh ok dah tau dah... so aku pun cuba google cari info lebih lagi berkenaan dengan angin medu ni... so kat bawah ni apa yang aku dapat dari hasil carian google... jom cek...

ANGIN MEDU

Berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan 
perkumuhan lain.

angin kotor yang terperangkap dalam tubuh badan bermula daripada perut semasa proses 
pencernaan makanan.

angin boleh melemahkan badan seseorang 

apabila tubuh badan seseorang itu lemah ia mudah untuk dapat penyakit

TANDA-TANDA BANYAK ANGIN DALAM BADAN

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
• Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dll rasa ketidakselesaan badan. 

PUNCA UTAMA ANGIN

- Sistem penghadaman yang tidak berfungsi dengan baik.
 - Alahan kepada makanan-makanan tertentu.
 - Pengambilan 'painkiller' yang berterusan.
 - Emosi yang tidak stabil.
- Gangguan sihir/makhluk halus/saka/pendamping. 

PEMAKANAN YANG BERANSURKAN ANGIN ANTARANYA:

- labu

- nangka
- cempedak
- tepung
- pisang
- tebu
- tembikai
- durian belanda
- mi kuning
- kicap
- kacang soya
- kekacang
- air bergas
- pulut

so itu lah sebahagian info yang aku dapat dari hasil carian google.... mekasih pok cik google =)  so lepas ni kene alert dan elak kan dari makan makanan yang berunsurkan angin.... walaupun lepas urut badan ni masih lagi terasa sakit-sakit sampai nak drive pun macam susah nak drive sebab bila nak pusingkan steering terasa macam menarik otot-otot ni sampai hubby kene hantar aku balik jb... huhu... tapi mak pah ada bekalkan minyak urut untuk aku... tiap malam mintak hubby urutkan kat bahagian yang banyak angin dan sakit tu selawat sambil urut perlahan-perlahan... hope cepat lah sembuh dan cepat lah angin ni keluar dari badan ni.... tak sanggup nak tahan sakit.... sementara hubby ada boleh urutkan... tapi hubby petang ni lepas berbuka dia dah nak balik tangkak semula... kene lah aku urut sendiri...

nasihat aku untuk korang semua... kesihatan tu penting... jangan simpan angin dalam badan... kalau nak kentut tu lepas kan je... kalau tak angin nanti berkumpul dalam badan lagi susah kalau sakit ihihihi....

its me
mass-naim

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)