Jumaat, 25 Disember 2015

Tahun Dua

Tahun pertama dah berlalu
Kini masuk pula tahun dua
25 Disember 15 genap usia 2 tahun perkahwinan kami
Macam-macam dah kami tempuhi bersama
Macam-macam dugaan dah datang pada kami
Itu tandanya Allah nak menguji kami
Itu tandanya Allah sayang pada kami

Alhamdulillah kasih sayang kami berdua masih utuh berdiri
Walau terpisah jauh setiap hari
Rasa rindu saban hari tak terhitung oleh jari
Hanya gambar, pesanan ringkas dan panggilan menjadi pengubat rindu kami
Hanya minggu atau bulan menjadi pertemuan kami
Aku bersyukur kerana kami bersama berusaha bersabar menempuh setiap hari-hari kami

Tahun pertama bulan Mac berita gembira dari kami
Tahun pertama bulan Mac juga menjadi berita sedih buat kami
Hanya dua minggu dapat bersama kami
Akhirnya "anak syurga" pergi meninggalkan kami
Kami redha kerana dah tertulis itu ujian untuk kami
Itu lah berita gembira dan sedih yang pertama buat kami

Kini bulan September 2015 ada berita gembira lagi buat kami
Alhamdulillah syukur kepada ilahi
Akhirnya Allah tunaikan permintaan kami lagi
Allah dengar doa dan rintihan kami
Aku disahkan hamil lagi buat yang kedua kali
Hubby gembira dengan kehadiran "anak syurga" ini
Akan kami jaga dan tatang sepenuh hati kami

5 bulan sudah usia kandungan ku ini
Kami berdoa semoga sihat sejahtera lah "anak syurga" kami sehingga dia dapat dilahirkan nanti
Semoga dengan kehadiran "anak syurga" ini akan utuhkan lagi ikatan kami suami isteri
Semoga "anak syurga" ini menjadi penyeri hidup kami
Bahagia hingga ke hujung nafas kami

Semoga kami dapat menjadi ibu dan ayah yang penyayang serta prihatin buat "anak syurga" kami
Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kami
Semoga kami sentiasa dalam keredhaan serta rahmat ilahi
Semoga kami dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi
Semoga tahun-tahun akan datang ada keberkatan buat kami

Terima kasih kerana jadi suami penyayang buat saya
Terima kasih kerana tahan dengan kebiolan saya
Terima kasih kerana memahami saya
Terima kasih kerana sabar dengan saya
Terima kasih kerana sabar dengan hubungan jarak jauh yang kita cipta
Terima kasih kerana sudi terima baik, buruk, busuk serta comotnya diri saya

Cinta, kasih dan sayang saya untuk awak seorang Mr. Suami

Semoga hubungan kita akan terus kekal bahagia hingga ke jannah
Moga saya dapat lagi untuk :-
- bergurau
- menjerit
- menangis
- ketawa
- bergaduh
- bertengkar lagi dengan awak macam selalu -- itu cara kita **bahagia dengan cara kita

Jangan pernah tinggalkan saya kerana saya masih lagi belum puas hidup dengan awak Mr. Suami

Terima kasih atas curahan kasih sayang dan perhatian yang awak diberikan pada saya
Akan saya ingat sehingga nafas terakhir saya setiap detik memori yang kita ada bersama

Selamat Tahun Dua Jodoh ku, Imam ku, Suami ku

its me
mass-naim

Rabu, 23 Disember 2015

Diari Mengandung : Terserlah Keterujaannya

Sabtu hari tu balik JB dari kampung... Macam biasa lah hubby yang hantar... Memang rutin dia sejak-sejak dapat tau aku mengandung tiap kali aku nak balik kampung dia datang jemput dan hantar balik JB...

Ok back to the story, pagi tu aku pergi scan baby tengok entry yang lepas KAT SINI ... Petang tu kiteorang gerak lah balik ke JB... Dalam perjalanan nak sampai area exit senai tetiba dia ajak pergi jalan-jalan jusco... Aku terus je lah keluar exit senai pergi ke jusco bukit indah... Sebab rasanya situ je lah jusco yang tak berapa crowded...

Sampai-sampai je terus dia ajak pergi tingkat atas sekali... Aku ingat kan kenapa lah... Fikir time tu dia nak cari barang dia ke apa... Sekali dah sampai tingkat atas terus dia menonong pergi kat bahagian pakaian baby dan alat peralatan kelengkapan baby... Time tu aku tengok muka dia Ya Allah sangat teruja... Macam-macam di beleknya... Satu-satu barang dia pegang itu cantik ini cantik dia kata... Ada barang yang dia tanya mana perlu aku beli dan mana yang tak perlu aku beli... So kebetulan aku memang ada buat checklist untuk barang-barang baby ni... So aku ada bawak 1 salinan dalam handbag aku... Tunjukkan kan kat dia dan terangkan apa yang perlu dan apa yang tak perlu... Then dia cakap ok... Lepas tu dia pergi kat bahagian stroller n car seat baby pulak... Duduk kat situ belek satu per satu ada lah dekat setengah jam kat situ je... Macam biasa dia dah rambang mata... Dia cakap semua cantik-cantik... Macam nak beli time tu jugak kata dia... Duit dah ada bla bla bla dia cakap... Aku cakap sabar banyak tempat lain lagi kita boleh survey... Baru lah dia kata ok... Hubby aku ni jenis dia dah nampak barang yang dia berkenan terus je nak beli... Tak ada nak survey-survey tempat lain... Itu lah dia dari dulu aku kenal sampai sekarang...

Kat jusco tu nampak kedai jual barang baby semua kedai tu dia nak masuk... Excited dia kata... Dulu kalau pergi beli barang baby untuk hadiah kawan-kawan baru dapat anak tak ada lah terasa teruja sangat, biasa-biasa je... Tapi kali ni rasa tu lain macam sikit... Lagi-lagi dah nampak baby masa scan pagi tu dah lengkap anggota... Hikhik... Anak sendiri kan mau nya tak teruja mamat tu... Dah puas pusing-pusing dalam tu aku cakap aku lapar... Boleh ke dia pegang perut aku kat tengah-tengah ramai orang lepas tu tanya kat baby nak makan apa?? Sabar je lah aku... Terus blusher-blusher muka aku time tu... Tengah makan pun still bercerita tentang barang-barang baby... Aku harap hubby akan jadi seorang yang lebih penyayang dan prihatin dengan cara dia sendiri... 



its me
mass-naim

Isnin, 21 Disember 2015

Trimester Ke-Dua : Checkup

Salam,

15/12/2015, Selasa lepas aku ada appointment checkup untuk yang ke-3 kali... 5 minit sebelum pukul 8 dah sampai... Sangat lengang... Ada lah dalam 4,5 orang yang datang awal untuk checkup pagi tu... Hikhik... Macam biasa lah prosedur 1st cek urin & cek hb (hemoglobin)... Bacaan hb aku normal... Nurse cakap apa yang aku makan selama aku mengandung ni zat-zatnya cukup sampai kat baby... 2nd prosedur timbang dan amik bacaan bp (blood pressure)... Masa timbang tu aku takut sangat... Takut berat badan naik melampau-lampau... masa naik menimbang tu aku siap tutup mata lagi... ahahaha... Punya lah cuak... Takut kene marah pun ye... Mana tak nya kandungan baru masuk 4 bulan berat dah naik mendadak... Tapi syukur lah berat badan masih lagi maintain sama macam masa sebelum pregnant dan masa 2 kali pergi checkup sebelum ni... So far nurse tak ada cakap apa-apa... Bacaan bp pun cantik...

Lepas dah settle tu semua tak sampai 10 minit tunggu nama dah kene panggil... Masuk dalam terus disuruhnya aku baring... Nurse pegang-pegang perut aku... Then dia ukur tinggi rahim aku... Lepas tu dia cakap nak dengar degupan jantung baby tak dapat sebab dia tak dapat nak rasa kedudukan baby... Tapi dia pesan suruh aku pergi scan untuk cek degupan jantung baby... Untuk pasti kan baby sihat sejahtera kat dalam... Kebetulan pulak aku memang nak pergi scan baby bila aku kat kampung nanti...


Dalam pukul 9 appointment aku settle... Rasa macam sekejap sangat... Dah 2 kali aku datang selalu kene tunggu lama... Tapi kali ni terasa lega sebab tak payah nak tunggu lama-lama...

Isnin, 14 Disember 2015

emosi ibu mengandung : kecik hati

aku ni susah nak kecik hati dengan orang... apa lagi kalau kene mengata ke apa ke lantak kau lah nak kata apa kan... yang penat mulut korang bukan mulut aku pun... daripada dulu memang aku suka pekak kan telinga jer apa orang nak kata nak kutuk... so dah sangat terbiasa... bila dah terbiasa so xde lah istilah kecik ati ke termakan hati ke terasa hati ke...(ehhh sama je kan tu semua).. hihihi...

tapi yang kali ni aku sangat tak boleh nak pekak kan telinga... benda ni jadi memang betul-betul tegak someone yang "budget bagus" ni bagi kat aku... 

kisahnya macam ni... satu hari aku xde rasa nak keluar pun nak pergi beli breakfast... so aku dengar lah orang main order-order makan ni kat sorang ni... so aku pun selit lah order aku + dengan air 1... siap bagi duit semua yang amik order ni tanya aku nak air apa... aku jawab lah dengan tak ada rasa apa-apa kat tekak ni waktu tu... order makan pun main pulun je apa-apa menu... so aku order lah teh ais... tetiba someone "budget bagus" yang kat sebelah dia sampuk perbualan kita orang... 

Segmen Bloglist 2016 by Farahana Sharif

 click banner untuk join
click banner untuk join

END : 26 DECEMBER 2015 

Jom support member.... (^_^)

its me
mass-naim

Ahad, 13 Disember 2015

Diari Mengandung : Mengidam

Alhamdulillah minggu kandungan aku dah masuk 16 minggu... Syukur... Semoga bertahan lah wahai anak... =)

Aku nak cerita pasal mengidam...Biasa orang mengandung ni macam-macam dia punya mengidam kan... Ermmmmm sama lah jugak dengan aku.... Walaupun tekak aku masih rasa kosong lagi tak tau nak makan apa setiap hari... Tapi bila waktu mengidam aku sampai rasa macam nak dapatkan makanan tu time tu jugak... Tak boleh nak tunggu-tunggu... Kadang makanan yang perlu kita tunggu untuk dapat kan contoh tempat tu jauh ke kedai tu tutup ke time tu boleh jadi menangis tau.... Dia punya rasa sedih tu... Adoiii...  Sampai teresak-esak... Nampak macam mengada kan.. Hihihi... Tu lah realiti yang aku hadap sekarang ni... Kadang aku sendiri tak dapat nak faham diri aku... Tak kan pasal tak dapat nak makan apa yang aku nak makan pun boleh menangis kan... Padahal sebelum ni tak kisah pun nanti-nanti boleh dapat... Ermmmm tu lah dia emosi orang mengandung....

Senarai makanan yang aku mengidam buat setakat ni :-

1. Panini Carbonara - Pot's Kitchen (dah ditunaikan)
2. Chapati Kuah Kambing - Tehel Melaka (dah ditunaikan)
3. Satay Perut - Muar (dah ditunaikan
4. Ubi Rebus Sambal Bilis - Dari member (dah ditunaikan)
5. Ikan Goreng Selar Kuning Masak Sambal Hijau - Dari member (dah ditunaikan)
6. Satay Perut - Batu Pahat (belum ditunaikan)
7. Nasi Arab Damsyik - Senawang (belum ditunaikan)
8. Karipap Kentang - Air tangan ayah (belum ditunaikan)
9. Roti Canai Kambing 40 Hari - Yong Peng (belum ditunaikan)
10. Toffee Nut - Starbucks (dah ditunaikan)
11. Asam Pedas - Air tangan ibu (belum ditunaikan)
12. Ais Krim Malaysia Kacang Hijau - Air tangan ibu (dah ditunaikan)
13. Tempe Kacang dan Ikan Bilis Masak Sambal - Dari member (dah ditunaikan)
14. Nasi Ayam dan Kerabu Mangga - Chiken Rice Shop (dah ditunaikan)
15 &.......... belum lagi....

Yang mana ada tulisan merah tu masih belum berkesempatan nak dapat dan satu lagi jauh untuk dapatkan nya.... Tapi mesti dapat kan.... Kang tak pasal-pasal baby dalam peyut keluar ngences jerk... Hikhik...

Isnin, 23 November 2015

Diari Mengandung : Alahan

Salam.... Aku nak cerita sikit lah pengalaman aku menempuhi alam alahan pada awal kehamilan aku... Hikhik... Actually tak lah banyak sangat pengalaman yang aku lalui sehingga setakat ni... Tapi tak salah kan kalau nak cerita buat kenangan sendiri... =)

Tapi sebelum tu mai nak cerita apa itu alahan ketika hamil :-

Alahan ketika hamil ni sebenarnya adalah perubahan yang akan ibu alami semasa atau ketika mengandung tak kira untuk anak yang keberapa sekali pun. Setiap alahan ibu hamil ni berbeza-beza bagi setiap kandungannya. Alahan ni jugak ada berhubung kait juga dengan perubahan hormon ibu serta ada kaitannya juga dengan peningkatan selepas persenyawaan untuk menampung janin semasa peringkat awal pertumbuhan mereka.

Macam situasi aku... Aku dapat rasakan alahan ni seawal usia kandungan aku 6 minggu lagi... Rasa macam tak sedap sangat badan ni... Lain macam sangat... Tapi time tu aku dah tau dah aku preggy... Hihihi...

Alahan-alahan yang aku alami pada awal kehamilan :-

1. Morning Sikness : Morning sikness ni biasa lah rasa pada waktu awal pagi time nak mandi, time nak gosok gigi.. Mual nya nauzubillah... Kadang tu sampai tak suka bau ubat gigi... Hihi... Tapi masa awal-awal dulu jarang lah nak kene morning sikness ni... Cuma yang aku perasan bila kandungan aku dah ceceh 11weeks... Memang tiap pagi terasa mual nak muntah tapi tak keluar apa-apa pun... =)

2. Keletihan : Yang ini memang aku alami sejak dari awal dapat tau yang aku mengandung... Balik kerja memang terus cari bantal.. Terlepek je kat katil... Nak bangun terasa terhuyung hayang je badan ni... Bila dah baring nak bangun tu terasa macam siksanya sambil menangis... Sebabnya malas nak bangun dari katil hahaha...

 3. Alahan yang teruk : So far yang aku perasan aku kerap kali sakit gigi... Gusi bengkak... Gigi terasa macam nak tercabut... Makan pun tak boleh nak kunyah... Terpaksa makan bubur je... Itu kot aku rasa alahan aku yang paling teruk... Azab rasanya...

4. Alahan pada makanan : Ermmm yang ini aku rasa aku tak boleh makan makanan yang bergoreng macam ayam... Dulu aku paling suka ayam goreng, ayam kfc ayam masak lemak, ayam masak kicap or ayam masak apa-apa jerk lah... Tapi sekarang ni aku paling tak suka ayam... Dengar je ayam aku automatik akan jadi mual loya nak muntah... Tak kira lah masak apa... Kalau ikan goreng boleh terima lagi tekak ni... Kalau nampak aku makan ayam maknanya terpaksa makan lah sebab tak ada laok yang menarik.. Ahahaha... Kalau siapa-siapa ajak aku pergi kfc automatik aku tolak... Kalau terpaksa pergi pun aku tak order ayam... Aku order lah wedges ke kentang ke... Ahahaha..

5. Alahan pada masakan : Yang ini dari awal aku mengandung sampai sekarang ni aku jadi pemalas nauzubillah nak masak... Kalau pergi dapur tu nak kene panas kan laok ke apa ke kalau boleh tak nak duduk dapur tu lebih dari 15 minit... Memang sejak dari awal mengandung aku banyak makan luar atau beli bungkus makan kat rumah... Hubby pun terpaksa lah jugak melayan kan aku pasal aku malas nak masak... Sampai sekarang ni pun... Maybe terbalik kot... Apa yang aku suka buat dulu sebelum mengandung bila dah mengandung ni aku jadi tak suka pulak dengan apa yang aku suka sebelum ni... Sama macam ayam goreng lah dulu suka sekarang jadi tak suka... Hihi,,,

6. Alahan pada bau : Erm yang ni aku alah pada bau masakan... Automatik aku akan pening kepala dan aku nak muntah... Aku rasa bau masakan ni busuk sangat bila aku terbau... Walaupun aku tau makanan tu sedap bila dah siap masak... Kadang-kdang aku tak suka bau minyak wangi... Dan satu lagi aku tak suka pada bau asap rokok atau flavor-flavor vape yang pelik-pelik baunya... Memang aku pening rasa sampai nak tumbuk je muka orang yang isap rokok n vape... Tak terkecuali hubby jugak... 

7. Alahan pada suami : Yang ini so far tak ada pulah alahan pada suami... Sebab kita orang duduk jarak jaoh kot tu yang nak kata alahan pada dia tu kurang sikit... So far setakat ni ok jerk macam biasa... =)

8. Alahan pada emosi : Hurmmmm macam aku cite kat atas tentang alahan aku yang no.2 tu... Tiap hari memang terasa nak menangis jerk... Padahal tak ada apa pun hal yang nak dinangis kan... Kadang nak masuk toilet kat rumah tu pun boleh nak menangis... Time makan pun tetiba air mata mengalir... Mungkin sebab aku jaoh kot dengan hubby so tak ada siapa layan aku time aku mengandung... Hikhik...

9. Alahan pening kepala : Yang ni ada lah tapi tak lama... Sejam dua lepas tu hilang... Pening tu datang macam main-main... Kadang tengah duduk-duduk ke baring-baring ke tetiba je pening kepala... =) Tapi under control lah pening ni...

10. Alahan muntah : Yang ini yes... Kadang lepas makan aku muntah... Sebab nya... Perut kosong tapi tekak tak de rasa nak makan apa-apa... Lepas tu main order jerk apa yang nak order... Ye lah kalau dah tekak tak rasa apa-apa nak makan tapi perut lapar mintak makan... So makan jerk lah apa-apa pun kan... Haaaa lepas makan confirm muntah balik... Kadang tu muntah sampai habis... Kadang tu muntah sikit jerk... Acane tu?? hihi... Tapi nak elak mual muntah ni aku akan cari coklat... =) 

11. Mengidam : Haaaaa.... Setakat ni apa yang aku nak aku dah dapat lah... Contoh nak sangat makan pasta panini... Sanggup tunggu hubby balik JB nak makan sama... Dah ditunaikan oleh hubby masa usia kandungan aku 8weeks kalau tak silap... Nasi Arab aku nak yang kat seremban tu... Belum dapat lagi sebab jaoh... Tapi memang kene pergi hubby dah janji... So far makan jugak lah nasi arab tapi kat jb je... Tak sedap... Aku makan xhabis... Chapati kuah kambing... Hubby dah tunai kan minggu lepas masa cuti panjang kat kampung... 3 keping terus aku makan... Satay perut pun dah ditunaikan oleh ayah ibu aku tapi satay kat muar lah... Satay perut kat batu pahat jerk belum dapat lagi.... Satu lagi hubby pulak dari start awal aku mengandung sampai lah ke hari semalam asyik sebut nak makan roti bakar n kopi kat railway kluang... Semalam on the way balik jb singgah kluang tapi hampa kedai railway tu tutup... Rupanya railway ni ada 3 branch... Aku pergi kat 1 tempat je... Dah nampak tutup terus gerak balik jb je... Nampak muka hubby kecewa habis... Ermmmm Roti canai kamping 40 hari aku belum dapat nak makan lagi... Nanti mesti kene singgah... Ahahaha... Itu lah alahan mengidam aku setakat ni... Tapi alahan mengidam ni aku yang makan hubby yang naik badan nya... Selera dia bukan main... Ahahahaha... 

Setakat ni tu je lah alahan yang aku alami... Ermmmm So far semua alahan tu aku cuba control lah... Sebab aku sorang-sorang kat jb ni... Kalau aku tak buat-buat kuat siapa nak tolong aku kan... Hubby jaoh... 

Aku harap baby dalam tummy baik-baik dan sihat aje keadaan dia... Sayang kat dia... Korang, tolong doakan untuk aku dan baby ea... Setiap doa korang aku ucap kan dengan ribuan terima kasih.... Aku sayang kat korang... =)

its me
mass-naim

Selasa, 17 November 2015

Trimester Pertama : 12 weeks 5 days

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur aku pada Allah sebab bagi aku peluang mengandung dan kini kandungan aku berusia 12 minggu 5 hari.... Gembira??? mesti lah gembira.... Hikhik... Syukur sangat-sangat...

Minggu lepas balik kampung mak tanya aku dah buat buku pink ke belum? aku cakap belum on the way nak buat hari ahad nanti dah booking dah... Mak pesan buat cepat-cepat dia risau sebab aku pernah gugur untuk 1st baby last year... So untuk yang ni mak kalau boleh tak nak risiko tu berulang lagi.... Sayang mak kat aku... Hikhik...

So seperti yang dijanjikan ahad 8/11/15 aku pergi lah ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak kat Jalan Abdul Samad Johor Bahru.... Dalam 8.30 pagi aku sampai... Hubby teman waktu tu... Sampai-sampai je kat klinik kesihatan tu tetiba terimbas kembali waktu dulu-dulu ikot ibu pergi check-up adik-adik aku kat situ... Hikhik... Suasana kat klinik tu tak pernah berubah.... Sama macam 20 tahun yang dulu... Heeeee...

So prosedurnya macam biasalah... Nurse panggil mintak keterangan details tentang diri, tanya tentang sakit keturunan tanya dalam sejarah keluarga ada kembar atau x... Aku waktu tu jawab adalah husband saya kembar (sambil senyum).... Lepas tu nurse tanya aku ulang sampai 5 kali husband awak kembar ke? Yup aku jawab... Lepas tu dia cakap berkemungkinan awak boleh dapat baby kembar.... Hikhik... InsyaAllah yang aku perlu jawab waktu tu... Nurse kat situ semua baik-baik friendly sangat... Senyum je... Bila kita tanya diorang jawab dengan nada yang sangat baik.... Kadang tu ada nurse cakap sampai aku tak dengar lansung... Punya slow dia cakap... Ahahaha.. Sabar jerk lah...

Lepas amik keterangan dia panggil aku untuk amik darah (Blood Group,HIV,Talasemia 1 lagi lupa) nasib baik 3ml jerk dia amik... Lepas tu baru dia panggil aku masuk untuk jumpa nurse untuk cek perut, jari ajar aku untuk cek payudara and last dia bagi aku folic asid... Dekat pukul 11.30 jugak lah aku baru dapat masuk dalam tu... Hikhik kesian kat hubby tunggu lama... Nasib lah... Bukan selalu... =) 

So masa aku balik kampung hari tu ada lah aku pergi scan baby... Kebetulan memang ada appointment dengan doctor tempat kerja lama aku... Untuk confirmkan usia kandungan... So waktu tu scan dah 10 weeks+ dekat 11 weeks lah... =)

Date Scan : 06/11/2015
Usia kandungan : 10weeks+ (doc mintak ikut kiraan aku sendiri 11 weeks)
Ukuran janin : 3.21cm
** Kiraan doctor yang 1st tu abaikan je..
1st masa scan doctor tanya aku nampak tak heartbeat baby yang gerak-gerak tu... Time tu mata aku memang cari benda yang bergerak jerk lah... Hubby yang kat belakang doc terjengah-jengah nak tengok jugak... Hikhik... Last-last doc yang tunjuk kan mana jantung baby.... =) Alahaiii comel jerk dia duduk kat dalam tu.... Hubby sengih jer... =)

So atleast bila dah tgk kandungan aku melalui scan hati terdetik alhamdulillah cukup sekadar aku tau ada amanah Allah yang aku perlu jaga dengan baik... Anak syurga... Doctor cakap kedudukan janin dengan pintu rahim aku so far cantik... Senyum jerk aku walaupun ada kerisauan jugak dalam hati bila teringat kes keguguran dulu... Tapi bila doc dah cakap macam tu ada sedikit lega lah hati ni... =) Sebenarnya doctor yang terlebih excited tengok baby tu... Kemain suka lagi dia tengok kat scan tu... =)

Balik rumah tunjuk kat ibu gambar scan tu... Ibu pesan jaga elok-elok... Makan jaga n so on.... hikhik.... Dan aku asyik tenung je gambar scan tu sebab tengok dia comel je dalam gambar tu.... =)

Alhamdulillah semoga anak syurga ni berada dalam rahim aku dengan selamat dan sihat sejahtera... Gembira jangan kata lah tak terucap rasanya dengan kata-kata erti kegembiraan aku sekarang ni... Lama kami tunggu saat ni... Hikhik... Hubby sejak-sejak aku mengandung ni banyak sangat perubahan pada diri dia... Banyak sangat yang dia ingat kan aku kalau aku terlupa sesuatu.... 

Harapan aku semoga anak syurga ni membesar dengan sihat dan sempurna... InsyaAllah
Doa yang baik-baik...
Semoga segala yang di tunai kan akan tercapai oleh kami suami isteri...

Tak sabar nak tunggu dia membesar... Hikhik....

its me
mass-naim

Khamis, 15 Oktober 2015

Alhamdulillah : Sabar itu "INDAH" Wish me "POSITIVE"

"Apa yang kau dapat dengan MUDAH, takkan BERTAHAN LAMA... 
Apa yang BERTAHAN LAMA, tak boleh dapat dengan MUDAH..."

Alhamdulillah berkat doa, usaha, tawakal akhirnya aku disahkan mengandung... 

Actually sepatutnya period datang time 1st day raya haji ari tu... tunggu punya tunggu tak jugak kunjung tiba... bagitau hubby sekarang ni aku macam kene lebih berjaga-jaga sebab dah delay period... hubby cakap sabar jangan excited sangat... Aku ikot je lah kata hubby... masa balik jb hubby ikot balik... siap jalan-jalan tgk wayang shoping sana sini lagi dengan dia... tetibe teringat nak beli UPT untuk stanby... Time tu dah delay 4 hari dah period aku... hubby belikan aku 2 test UPT... time tu cakap dalam hati sabar je dulu tak nak test awal-awal sebab takut nanti test result negative aku yang kecewa... so aku cuba tenang kan hati minda semua... relax jerk... sebelum tu aku banyak kali lah jugak keluar masok toilet muntah... hubby tanya kenapa aku cuma jawab xde apa-apa perut ni angin je kot... nak tenangkan hati punya pasal taknak mengharap sangat yang konon diri aku ni preggy.. tiba time hari ke-6 hubby dah balik tangkak time tu... aku sabar lagi... petang tu keluar dengan member... dia suggest suruh test takut kalau jadi apa-apa lagi susah... sudahnya aku kira-kira masuk hari yang ketujuh boleh lah aku test... awal pagi bangun gigih nak test... lepas test aku buat tak tau je mandi macam biasa dan siap-siap nak pergi kerja... sebelum pergi kerja tu aku jenguk lah kejap UPT yang aku test tu... hasil nya...

kalau tengok betul-betul ada 1 line yang tak berapa nak clear kat bahagian huruf "T" tu

Lepas tengok result tu aku jadi macam confused negative ke positive?? sebab line satu lagi tu xberapa nak clear... line nya jernih...lama aku tenung UPT tu sampai lambat nak pergi kerja... sudahnya aku letak jerk UPT tu kat atas sinki n terus pergi kerja... harapan aku masa tu walau pun dalam keadaan confused hati aku terdetik cakap yes i'm pregnant... kat office kerja macam biasa... dah nak tengah hari sikit terasa macam nak balik rumah nak cek semula UPT tu.. kebetulan akak kat rumah tu dia nak bawak masuk barang dia dari kampung nak mintak aku tolong bukak kan pintu dulu sementara dia belum sampai... so aku balik... aku tgk UPT tu still sama... terdetik nak try sekali lagi... nekad lah kalau sama jugak result tak apa masih ada masa lagi untuk berusaha... sekali test sama jugak aku biarkan dulu result tu tak nak tengok... tapi lama-lama kene jugak tengok resultnya kan.. n hasil nya...

bila test petang terus naik clear bak hang line tu... 

Bila tengok result nya aku mengigil 1 badan... antara percaya dengan tak... tak tau nak describe macam mana keadaan aku waktu tu.... nak menangis nak menjerit nak meraung nak melompat semua ada.... terus je aku buat sujud syukur... gembira tak terkata...

bila tau result tu aku tak bagi tau hubby dulu... esok malam baru aku bagi gambar kat dia... aku cakap kat dia aku ada hadiah untuk dia... 1st gambar aku bagi gambar result pagi... hubby confused... dia tanya aku "preggy ke??cakap betul-betul abg mana tau..tak pandai nak tengok benda ni"... aku tanya dia.. "abg nampak 1 line ke 2 line? " dia jawab "1 line je..1 lagi tak clear.." aku send 1 lagi gambar yang clear... tanya kat dia sekarang nampak berapa line?" dia jawab " 2 line terang...b pregnant ke?? cakap betul-betul b pregnant ke??" aku cuma balas dengan senyuman... terus dia cakap alhamdulillah syukur... mula lah dia suruh aku jaga diri baik-baik dia pesan makan kene jaga... jangan buat kerja berat... kat office jangan stress.. bagi tau semua staff yang b preggy... aku yekan je... dia ingat kan aku, belajar dari pengalaman dulu macam mana aku boleh GUGUR... kes aku gugur aku akan ingat... dan aku ingat segala pesan hubby... nampak dia lebih amik berat pasal aku bila dia tau aku preggy... alhamdulillah... dua hari lepas tu baru aku cite kat ibu aku... dia pun pesan macam-macam... family mertua aku belum tau lagi kecuali kembar hubby... hubby bagitau kat kembar dia aku preggy... last week aku balik kampung lepas interview aku muntah-muntah... terasa sakit kat perut... msg hubby yang tengah kerja... dia balik terus bawak aku pergi klinik... kat klinik cek UPT lagi... result sama... doc senyum dan cakap aku dah mula rasa symptom-symptom trimester pertama.... balik tu mak tanya aku ok ke tidak?? baru lah aku cakap kat mak yang aku pregnant... mak senyum je...mak kata jaga elok-elok... mintak apet belikan roti n susu ke apa sebab orang pregnant tak boleh lapar nanti perut masuk angin... aku senyum jer...

itu lah orang tua-tua cakap kan... bersabar, berdoa, percaya pada Allah... rezeki Allah ada dimana-mana...
cepat atau lambat itu kerja Allah...

And now... alhamdulillah berkat sabar aku dan hubby... kami berusaha, berdoa, tawakal... alhamdulillah... rezeki berpihak pada kami... aku mohon pada semua... doa kan kandungan aku membesar dengan sihat dan sempurna ye kawan-kawan... semoga aku dapat lahirkan zuriat aku amanah Allah ni dengan sempurna tepat pada waktu nya...... more weeks to go... masih panjang perjalanan aku untuk menjaga amanah Allah ini... bersabar dan banyakkan beristighfar... Allah ada bersama aku... insyaAllah...

Sabar itu "INDAH"

its me
mass-naim

Selasa, 6 Oktober 2015

hobi : conteng-conteng

Saja mengisi masa yang terluang dan bosan-bosan kat opis so aku mula lah conteng-conteng apa yang patut kat atas sekeping kertas putih....

Actually sebenarnya aku budak sastera... sudah pasti nya lah aku amik sekali seni lukis kan...Ermmm aku bangga jadi budak art walaupun dulu masa zaman sekolah time tu boleh dikatakan budak art paling terkebelakang sekali berbanding budak account ke budak sains ke budak perdagangan ke... tak tau lah apa sebab...

Aku pernah nak lanjutkan cita-cita aku dalam bahagian art & design.. Tapi tak kesampaian.. Parents aku nak aku sambung form 6 jerk... Tapi tak pe lah atlest aku dapat habiskan form 6 aku dengan jaya nya...ceewahhh... Ahahaha.... Tapi habis sekolah aku dah tak pernah lagi melukis sampai lah baru-baru ni mood nak melukis tu tetiba datang dengan sendirinya...

Lukisan ni lah hobi aku dan jiwa aku... Aku suka melukis dan aku suka tengok lukisan...

Actually bakat melukis yang aku ada ni turun daripada parents aku... Ayah aku seorang artistic.. Dia punya bakat dalam gubahan lagu, mainan alat muzik tanpa menggunakan chord lagu, nyanyian, melukis tak kira potret cartoon atau apa pun jenis lukisan, tukangan dan macam-macam lah ayah aku boleh buat dengan seni... Tangan dia nampak kasar tapi bila melukis lukisan tu boleh nampak hidup... bila main alat muzik tangan sangat lembut... Kalau menyanyi jangan kata lah suara macam broery marantika sebijik hikhik... Dia sangat kreatif.. Sama jugak dengan ibu... Idea kreatif dia mencurah-curah kalau cerita bab kreatif... Kalau bergabung dengan ayah boleh jadi kebaboommmm... Cuma ibu lebih pada seni hiasan dalaman.... Adik beradik aku...Hurmmmm yang perempuan sangat pandai melukis dan yang lelaki dengan dunia muzik dia.... Senang kata kami keluarga seni... Hikhik... 

Ermmmm cerita dah melalut kelaut... hikhik... jom usha lukisan hasil aku conteng-conteng kala kebusanan kat office hari tu... =)

lukisan pertama aku hasil kan setelah meninggalkan bakat lukisan bertahun lama nya...
i'm back... =)
Lukisan kedua masa ni D.I.Y card untuk birthday hubby...
Lukisan yang ketiga  hasil conteng-conteng aku
Korang nilai kan lah sendiri hasil lukisan aku tu... Adakah aku ada bakat dalam seni lukis atau pun tidak...

Kebanyakkan lukisan tu semua siap hanya dalam masa tak sampai satu hari... Idea conteng-conteng tu datang mencurah-curah...

Conteng tanpa munggunakan sebarang pensil terus melakar menggunakan sebatang pen dan marker...

#artwork 
#akubudakart
#loveofart
#artlover
#mypassion
#myhobby

its me
mass-naim

Isnin, 5 Oktober 2015

Review : Hotel Avillion Legacy Melaka

HOTEL AVILLION LEGACY MELAKA
Gambar depan hotel ihsan dari pak cik google...
Baru nak review tentang hotel ni... Hikhik... Masih ingat lagi tak entry ini ... 

Aku booking hotel ni melalui AGODA... Mula tu macam tak berapa nak confident lah sebab xsure dapat bilik yang macam mana... Hikhik.... Jarang nak booking hotel thru online ni... Biasa memang walk in terus... Tapi untuk kali ni sebab nak buat surprise birthday hubby so terpaksa lah booking online.... Pasrah jerk masa tu...

Mula-mula sampai biasa lah hubby asyik tanya je nak pergi mana lah hotel nya mana lah sebab bagi tau hubby nak jumpa orang je kat situ.... Aku turun sorang untuk check-in... hubby tunggu dalam kereta... Lepas check-in aku ke kereta mintak hubby pergi parking kereta kat sebelah atas hotel... Hikhik... Dia blur-blur masa tu...Dah parking dia pelik kenapa lah aku keluarkan semua beg baju... Aku senyum je.... Masa tu dia dah bebel-bebel yang ntah apa-apa ntah.... Kata nak jumpa orang tapi kenapa bawak turun beg semua lah apa lah... Ahahahaha sabar aje lah laki aku ni... Malas layan aku terus naik bilik... Hubby follow jerk kat belakang... 1st bilik aku dapat 2 katil single... Nak jadi apa kan dapat katil single... So aku decide nak mintak tukar bilik itu pun kalau ada bilik kosong yang katil size king ke queen ke xkisah lah... Kalau takde jugak pasrah lah duduk double single.... Hubby pula dah rasmikan dulu katilnya dok baring-baring.... Dia masih belum dapat tau lagi agenda aku kenapa aku bawak dia ke hotel ni... Aahahah.... Aku pulak dok review bilik tu... Not bad lah bilik besar.... Tetiba bell bunyi aku bukak pintu ada orang tanya nak tukar bilik kan?? Akhirnya dapat jugak aku tukar bilik.... So cepat-cepat amik beg semua g kat bilik 1 lagi... Jom review gambar biar gambar yang berbicara...

Selasa, 22 September 2015

Keep Calm and Resign Soon!!!

Tiap kali bangun pagi atau bila dah last day kat kampung dan nak kene balik JB apa yang 1st ada dalam kepala otak aku is kalau lah boleh aku resign sekarang kan senang boleh cari kerja baru environment baru duduk dekat dengan hubby.....itu kalau lah kan....

Ini lah dilema yang aku tengah hadap dan tengah bertarung sekarang ni.... Aku rasa nak sangat resign sekarang dan duduk rumah sementara  dalam tempoh 2,3 bulan untuk jadi housewife. Boleh aku sediakan makan minum untuk suami lakukan kerja-kerja rumah yang lain-lain sambil-sambil tu boleh cari mood baru semangat baru untuk aku mulakan kerja baru yang aku tengah planning sekarang ni... 

Isnin, 21 September 2015

Tudung Aidijuma Giveaway by Anies

Hurmmmm lama rasanya tak join GA dari mana-mana blogger.... So ternampak GA ni macam menarik... So why not aku join kan... Hikhik....
 click banner untuk join
Cerita aku :-

Dulu masa zaman sekolah aku degil dan sangat liat nak pakai tudung.... Selalu sangat bertelagah dengan ayah... Ada je alasan aku bagi kat ayah time kalau keluar rumah nak pergi kemana-mana... Antara alasan nya yang aku selalu cakap ibu dulu muda-muda xpernah x pakai tudung ok jerk atok x bising..!! ahahah lepas tu ayah dan ibu aku cakap dulu lain sekarang ni zaman dah lain....Pakai tudung kan nampak cantik ayah cakap....Nak tak nak dengan terpaksa aku follow jugak lah cakap ayah... Mula-mula keluar rumah jerk pakai tudung, masuk kereta habis tanggal tudung sampai lah ke destinasi baru sarung balik tudung....degil kan...Tapi bila dikenang kan balik rasa agak lucu jugak lah sebab macam-macam idea nak bagi alasan kat ayah sebab tak nak pakai tudung....

Tapi lama kelamaan rasa ikhlas nak bertudung tu datang sendiri tanpa dipaksa... Start F6 aku pakai tudung dengan betul.... Dah tak main-main lagi... Rasa selamat nak kemana-mana orang tak pandang-pandang... Rasa aman je walaupun aku dah start duduk jauh dengan parents, pesanan ayah tiap kali bila keluar rumah pakai tudung aku akan ingat... Ayah kata rambut tu aurat perempuan... Kene jaga... Kalau nak heret ayah masuk neraka bukak lah aurat tu... Kalau nak ayah masuk syurga jaga lah segala aurat selagi boleh.... Pesanan ayah yang itu aku tak pernah lupakan... Walaupun kadang ayah dan ibu nampak aku kadang degil  dan tak nak dengar nasihat diaorang... Berbuih mulut diaorang nak betulkan diri aku... Tapi sebenarnya jauh dari sudut hati dan akal aku, aku dengar segala nasihat-nasihat diaorang dan semat kan betul-betul dalam kepala otak aku... IsyaAllah sampai akhir nyawa aku...Sebab nya aku sayang kedua orang tua aku....Dan aku nak diaorang masuk syurga dengan tenang.... Dan alhamdullillah aku dapat suami pun yang sangat menggalakkan aku pakai tudung... Tak pakai kene marah...Ahahahaha....

Last but not least.. Pakailah tudung kerana Allah... Bukan pakai tudung kerana fesyen atau trend... =) Daaaaa tata titi tutu...

Tudung tu one of my  favourite AJ white label yang aku suka pakai... Design chevron dia cantik..
Setakat ni aku ada 4 design AJ yang aku dah kumpul kesemuanya white lable...
Kalau ada rezeki lebih memang aku nak cari lagi AJ buat koleksi....
its me
mass-naim

Selasa, 15 September 2015

Happy Belated Birthday Sayang

Salam,

2 September ari tu hari jadi hubby... Bertambah lagi umur dia tahun ni.... Ihihihi.... Mudah-mudahan dengan penambahan umur tahun ni dapat jadikan dia seorang yang lebih bertanggungjawab lagi dalam segala hal....

Birthday dia tahun ni aku buntu nak belikan hadiah apa untuk dia....penat fikir, jenuh memilih google sana sini cari idea... Kebanyakkan nya yang aku google banyak keluarkan idea bagi husband wallet, kalau wallet masa hantaran kawin ari tu wallet dia masih elok lagi... Kulit lagi wallet dia...Nak bagi kasut last year birthday dia dah bagi kasut converse untuk dia...Nak belikan dia set Xbox Game atau Iphone yang dia idamkan macam belum mampu nak belikan...Belikan dia jam tangan masa aku dapat bonus aritu dah belikan dia swatch satu....Baju macam dah biasa sangat nak bagi kat dia....Hari-hari biasa pun boleh belikan dia baju...Terfikir nak belikan dia bunga satu jambak tapi nanti dia kata aku buang tebiat...Ahahahaha.... Ntah tak tau nak belikan apa...Sebulan sebelum birthday dia fikir-fikir, sudahnya ada lah satu hari tu malam dia call aku so berbual panjang lah....Tetiba dia cakap macam nak pergi bercuti dan check-in hotel mana-mana lah janji bercuti dan jalan-jalan.....Nak rehat-rehat kan kepala katanya....Cuti dekat-dekat je katanya...Aku cakap a'a kan dah lama tak bercuti dengan check-in hotel tu semua...Fikir-fikir boleh lah bagi dia surprise macam tu...Idea tu pun datang daripada idea dia sendiri...Mula lah aku search mana-mana hotel yang dekat-dekat yang budget pun ikot pada budget aku....

Dah dapat terus online booking seminggu awal...Aku booking hotel tu pada 28/8/2015 5 hari sebelum tarikh birthday dia tiba...Kata surprise kan... Dia pun tak aspect apa pun masa aku suruh dia amik cuti tarikh tu...Aku cuma cakap nak spend time berdua jerk dengan dia tanpa hp n gangguan dari sape-sape...Hp memang tutup terus...Ihihihihi....Sebelum balik kampung petang balik keje rushing singgah CS kejap pergi cari hadiah salingan...Dapat lah jugak yang simple-simple untuk dia lebih rasa happy on birthday dia  nanti walaupun hadiah tu murah...Seminggu sebelum balik kampung sempat D.I.Y card untuk dia.....Aku lukis sendiri...Ihihihi...Memang hobi aku tu... =) Dah lama tak mengasah bakat...

So....Haaa ni dia hotel yang menjadi pilihan aku for birthday dia >>

Rabu, 9 September 2015

OST Drama Mencintaimu (Lirik Lagu Setia-Elizabeth tan ft Faizal Tahir)

 (Lirik Lagu Setia-Elizabeth tan ft Faizal Tahir)


Selamat pagi sayang ku
Apa khabar diri mu
Maafkan andai mengganggu lena mu
Andai pernah melukakan

Maafkan ku tak sengaja
Harus kau dan aku selalu bicara
Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya
Kau dah aku mungkin tak sempurna
Kau dan aku tahu takkan mudah

Kau dan aku mahukan sempurna
Kau dan aku mengharap bahagia
Setia aku demi diri mu
Setia aku hanya pada mu

Andai hati mu berubah
Pasti ku cuba fahami
Tetap ku melangkah terus berani
Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Kau dah aku mungkin tak sempurna
Kau dan aku tahu tak semudah
Kau dan aku mahukan sempurna
Kau dan aku mengharap bahagia

Setia aku demi diri mu
Setia aku hanya pada mu
Terima seadanya
Perbezaan kau dan aku

Biar pun apa saja
Ku percaya kau setia
Kau dan aku mengharap bahagia
Setia aku demi diri mu
Setia aku hanya pada mu

Setia ku demi diri mu
Setia ku hanya pada mu
Selamat pagi sayang ku
Apa khabar diri mu


Rabu, 15 Julai 2015

GIVEAWAY RAYA BY Bella

CLICK BANNER UNTUK JOIN

TARIKH GIVEAWAY RAYA
 9 JULY  2015 ~ 23 JULY 2015 (11.59 MALAM) 
PENGUMUMAN PEMENANG:
24 JULAI 2015

its me
mass-naim

Selasa, 14 Julai 2015

Raya : Apa Yang Paling Dirindui Time Raya?

haaaa,, masing-masing sekarang tengah mood nak raya kan... mood kerja pun ntah dah kemana-mana dah pergi ye tak??... sama lah dengan aku ni ha... tunggu hubby datang jemput jerk kat jb bawak balik kampung ntah bila dia sampai tak tau lah nak cakap... lagi dua hari lagi kita nak sambut raya kan,,mesti ramai yang dah start cuti hari ni... yang dah start nak balik kampung pun mesti ada kan... excited gitu... apa-apa pun rancang perjalanan korang semoga lancar pergi dan balik... ingat orang tersayang yang tengah tunggu korang kat kampung tu ye...tahun ni aku beraya kat side aku pulak...gilir-gilir lah kan...macam biasa family aku akan pulang ke batu pahat pada petang last day puasa tu untuk berbuka beramai-ramai dengan adik beradik ibu...tapi untuk this year tak sure pulak balik batu pahat time last day puasa or pada 1st raya... dan tidur kat rumah kiteorang yang kat parit sulong tu....aku follow ibu dan ayah je..gerak konvoi sama-sama best...

ok,, aku nak cerita pasal apa yang paling dirindui time-time raya ni...

1. sambal kacang
haaaa.... aku paling rindu dengan sambal kacang yang atok aku buat,, sambal kacang dia memang superb sedap,,kacang halus je atok aku blender,,kalau ibu aku yang masak pun sebiji rasa dia sama macam atok aku masak...aku suka makan ketupat dengan sambal kacang jerk plus dengan ayam tak kisah lah masak apa pun ayam tu atau pun dengan rendang daging...tapi yang penting sambal kacang tu memang berladong (melimpah) dalam pinggan aku...itu wajib... sebab lepas habis ketupat aku makan sambal tu aku akan hirup atau makan dengan ayam/danging yang ada lebih kat pinggan aku... hikhik...aku tak suka makan ketupat dengan kuah apa-apa pun jenis kuah samaada kuah kari ke lemak lodeh ke aku tak suka,,,tak boleh terima kat tekak aku...nampak macam ngada-ngada,,,tapi itu reality nya...aku tak tau lah kenapa....even hari biasa kalau order lontong pon aku tak suka makan lontong kuah...aku tak akan makan...aku lebih suka lontong darat / lontong kering.... 

Gambar : ihsan pak cik google

Selasa, 7 Julai 2015

Dayana and DurratunKhayla Surprise Giveaway

CLICK PADA BANNER UNTUK JOIN

Last Date : 10 Julai 2015

its me
mass-naim

Isnin, 29 Jun 2015

Kuatkan diri ini

Lately ni keadaan kesihatan aku jatuh merundum..... Apakah ini dugaan untuk aku pada ramadhan kali ini?? Aku selalu berdoa Allah kuat kan diri aku.... Ye lah aku sorang-sorang je kat JB ni.... Tiap weekend balik kampung sejak dari akhir bulan 5 masa adik ipar kawin sampai last week aku still berulang balik kampung tiap minggu....

Dengan keadaan kesihatan yang kurang baik diri ni gagahkan untuk drive balik kampung sebab fikir-fikir bila hujung minggu aku macam rasa bosan sorang-sorang kat JB.... Hubby pulak tengah banyak kerja kene settle kan sebelum raya ni.... Alhamdulillah rezeki dia kot kali ni ada beberapa project yang company dia dapat yang kene siapkan before raya.... Tu yang dia tak dapat nak turun JB lepak-lepak kat JB hujung minggu dengan aku macam selalu.... So makanya aku yang balik sana... Sekurang-kurang nya aku tak lah rasa bosan sangat bila balik kampung ada jugak kawan berbual bergurau boleh masak-masak dengan adik ipar untuk berbuka puasa tukar-tukar idea nak masak menu apa for berbuka.... Balik tengok mak ayah aku.... Macam-macam lah.... Kalau nak dibandingkan aku sorang-sorang kat JB banyak terperap je kat rumah... Tak ada siapa nak berbual nak bergurau budak rumah kerja balik tengah malam... Berbuka sorang-sorang.... Ya Allah bosan yang amat.... Boleh jadi gila barangkali..... Hihihi.... Serious aku tak tipu....

Hurmmm bila dah dua hari balik kampung mesti kene balik JB balik semula kan?? Bab ni memang malas ya ampunnnn..... Nak balik JB ni ternanti-nanti sudahnya sampai ke malam tak gerak-gerak lagi dari kampung.... Last-last balik jugak tapi lepas sahur time subuh baru gerak balik JB.... Kadang tu pulak hubby pulak yang beria ajak balik JB awal.... Haaa tu maknanya dia nak ikot aku balik JB....

Aku harap sangat aku cepat baik.... Batuk aku cepat hilang.... Angin medu dalam badan aku berkurang.... Aku harap sakit ni semua pergi before raya..... Banda ni semua boley buat mood aku kadang-kadang swing.... Harap sangat dapat diberikan kesihatan macam dulu.... =)


its me
mass-naim

Selasa, 23 Jun 2015

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

 CLICK BANNER UNTUK JOIN
CLICK BANNER UNTUK JOIN

Antara hadiah-hadiahnya:

Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
Kad Raya Design by DayangDeno -  5x Pemenang
Kad Raya Sally - 15x Pemenang

 (Hadiah akan di'update' selalu jika ada penambahan)

Mula : 18 Jun 2015 | Tamat : 3 Julai 2015 (11.59pm)

its me
mass-naim

Ahad, 21 Jun 2015

Angin Medu

first ramadhan ari tu aku ikot ibu pergi berurut... dengar je ibu nak urut kaki kat rumah mak pah (itu nama yang mak aku sebut lah) aku pun terus laju nak follow... mana tak nya kan aku ni dekat 3 minggu nak masuk sebulan dah batuk-batuk tak baik-baik lagi... demam kejap on off... mcam selasa hari tu sebelum puasa tak pasal-pasal terasa menggigil satu badan, makan muntah, terasa otot-otot badan ni lemah longlai nak balik kampung pun malas nak drive waktu tu... itu yang hubby turun jemput aku kat jb bawak balik kampung... hurmmmmm ntah tak tau lah sakit apa yang aku dapat kali ni tak kebah-kebah... hubby risau je...

so masa hari nak urut tu malam sebelum tu aku rasa badan bahagian belakang sebelah kanan aku ni sakit yang teramat bawak sampai kedepan bahagian kiri dekat dengan tulang serangka ni... terasa macam bengkak yang teramat sangat... aku nak toleh nak gerakkan badan terasa kejang macam kene tarik-tarik segala urat sendi aku ni so masa nak urut tu aku bagitau lah mak pah tu apa masalah aku... mula dia urut ibu dulu kendian baru turn aku... dia urut mula dari bahagian badan belakang dia cakap aku ni batuk dah lama sangat sebab tegang-tegang urat aku keras katanya... aku anggukkan kepala... tiba dia urut bahagian depan badan aku pulak terus dia kata angin medu ni tebal sangat dah angin ni sebab tu kau rasa sakit sampai kebelakang badan... kalau dibiarkan je makin teruk kau jadinya... 


aku? angin medu tu apa?? ahahaha... mak pah kata angin medu ni angin kotor yang tak keluar/terperangkap dari dalam badan kita yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain atau dari sistem pencernaan makanan kita... dia tanya ada tak rasa badan cepat letih lesu, makan apa-apa terasa macam tak lepas tersangkut kat bahagian dada, terasa loya nak muntah, mudah mengantuk, mudah sakit kepala, susah bernafas dll dan aku jawab ye semua simtom-simtom tu semua aku rasa... owhhhh ok dah tau dah... so aku pun cuba google cari info lebih lagi berkenaan dengan angin medu ni... so kat bawah ni apa yang aku dapat dari hasil carian google... jom cek...

Jumaat, 19 Jun 2015

Umrah Di Bulan Ramadhan : Mak & Abah

Selasa hari tu aku last kerja sebelum cuti rabu dan public holiday (1st Ramadhan) khamis... Tak larat sangat badan ni nak drive sorang-sorang since aku masih belum baik dari demam.... Makin menjadi-jadi demam aku hari selasa tu.... Badan start panas, menggigil, makan muntah... Penat member aku belanja makan mahal-mahal kat POT'S hari tu sudahnya sampai office berlari masuk toilet muntah... Hihi... Terus Whatsapp hubby mintak tolong datang JB petang tu jemput aku balik.... Kali ni betul aku tumbang.... Nasib baik hubby cakap ok dan dia sampai JB naik bas dalam pukul 7 malam... Terus balik rumah amik barang-barang, mandi pas tu terus gerak balik.... Tapi sebelum tu hubby ajak singgah makan.... Risau dia kat aku kemain lagi sebab tengok aku dah pucat habis..... Lepas makan baru gerak balik..... Sampai tangkak dalam pukul 1 pagi lebih kurang...

Esok sehari sebelum ramadhan muncul, aku, hubby dan adik beradik hubby pergi hantar mak abah ke KLIA.... Diaorang nak pergi umrah..... Rasa seronok sangat dapat sambut ramadhan kat mekah..... Buat amal ibadah kat sana pada bulan ramadhan tak dapat digambar kan keseronokan tu dengan kata-kata... =) 

Dengan mak dan adik ipar sebelum mak masuk ke balai berlepas
Dengan adik-adik ipar
Majid - Nor - Zurai - Aku

Selasa, 16 Jun 2015

Ramadhan datang lagi....

Alhamdulillah tinggal lagi satu hari kita akan bertemu dengan RAMADHAN..... Alhamdulillah juga ini tahun yang ke-dua aku berpuasa sebagai seorang isteri..... Dan dapat sambut puasa pertama dengan suami tercinta nanti.... =)

Dikesempatan ni aku nak ucap kan SALAM RAMADHAN pada semua sahabat handai, rakan-rakan blogger, pembaca-pembaca blog aku yang tak seberapa ni, dan tak lupa jugak pada followers aku kat blog ni.... Maaf andai  karya-karya penulisan aku kat blog ni ada yang aku terguriskan hati, terkecik kan hati... Aku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.... 

Diharapkan bulan ramadhan kali ni penuh dengan barakah.... Aku harap dapat tunaikan tarawih tahun ni pada setiap malam insyaAllah andai diizinkan dan semoga dipermudahkan....

Haaaa..... Tak lupa juga parents in-law aku esok insyaAllah akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah kat sana.... Aku harap semua urusan diaorang dipermudahkan insyaAllah dengan izinNya..... Doa yang baik-baik untuk diorang dan semua umat islam yang menunaikan umrah kat sana..... Best rasanya dapat puasa kat tanah suci.... Kalau lah aku dapat pergi sama bahagia rasanya diri ni..... =) InsyaAllah suatu hari nanti akan aku pastikan aku dapat jejak kan kaki kat sana dengan orang-orang yang aku cinta..... =)

SALAM RAMADHAN


its me
mass-naim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Our Stories (67) Segmen (64) Giveaway (63) Aku (39) Kesayangan (36) Soulmate (36) family (29) Miscellaneous (28) Jerit (24) Kelahiran (22) anugerah terindah (22) Diari Mengandung (21) Pregnancy Journal (20) Malaika Dhia Damia (18) Office (18) klinik (12) Hasil Giveaway & Segmen (11) Hospital (11) Lirik (11) kesihatan (9) Sahabat (8) Nuffnang (7) Raya (7) Kenangan Nostalgia (6) Birthday (5) Kehidupan (5) My Recipe (5) Tips (5) Event (4) HangOut (4) Ramadhan (4) Rapuh (4) Relax (4) Traitor (4) Anniversary (3) Bonus (3) Entrepreneurs (3) MH370 (3) Quotes (3) Resign (3) Wedding (3) vacation (3) Anak Syurga (2) Ayah (2) Counting Days (2) Eexercise Fitness Challenge (2) End 2012 (2) Fiesta Gema Santai (2) Full Moon Mega Sale (2) Gift (2) InstaBazar (2) Jalan-jalan Cari Makan (2) Keep Calm (2) Kerana Terpaksa Aku Relakan (2) Kerja (2) Khasiat (2) Liebster Award (2) Night Fest JB (2) Senarai Peserta Segmen & Giveaway (2) gugur (2) miscarriage (2) rezeki (2) 2nd pregnancy journal (1) Aidijuma (1) Bandung (1) Bukit Gambang Resort City (1) Curang (1) Desaru (1) E-Day (1) EOS & BBW Gel (1) Hamba (1) Hobi (1) Hotel Avillion Legacy Melaka (1) Ibu (1) Interview (1) Istanbul Aku Datang (1) Nuzul Al-Quran (1) Offer (1) PLUS HIGHWAY (1) Penjelasan Isu Maksud Nama DAMIA (1) Pu3 Outlet (1) Rumah Pr1ma (1) STALKER (1) Saudara (1) Seni Lukisan (1) Stress (1) Sukan Lebuhraya Wilayah Selatan (1) SupportGaza (1) Susu Segar Legend (1) Syafiq (1) Umrah (1) Unik (1) Wedding Shoes (1) baby bullet (1) food processor (1) hunting (1) kembar (1) magic baby bullet (1) pregnancy journey (1) redha (1)